Johor Bahru, 10 Julai 2012 - SMK Mohd Khalid tidak ketinggalan menjayakan aktiviti Senamrobik 1 Malaysia yang dijalankan serentak di seluruh negara. Program ini akan dicatatkan dalam Guiness Book of Record. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah bersemangat bersenam. Tidak ketinggalan juga kepada Inspektor Shabir dan anggota PDRM selaku Pegawai Perhubungan Sekolah yang turut memberi sokongan terhadap aktiviti ini.
"BADAN SIHAT, OTAK CERDAS"
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.
MATLAMAT
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
OBJEKTIF
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:
- Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia;
- Melibatkan penyertaan semua murid;
- Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
- Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
- Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.