Welcome to SMK Mohd Khalid blog (^_^)

Kebitaraan

BIDANG KEBITARAAN AKADEMIK : MATEMATIK
NAMA PROGRAM : MATHS - CORPS DE ELITE

PROGRAM MATHS : CORPS DE ELITE merupakan satu program yang dirangka bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti di samping menarik minat pelajar terhadap Matematik. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai subjek Matematik secara mendalam supaya dapat mengekalkan kecemerlangan dan mencapat gred purata Matematik yang disasarkan.

Diharapkan program Maths : Corps de Elite dapat memberi peluang kepada pelajar menguasai konsep-konsep Matematik secara mendalam supaya mereka lebih bersedia untuk menempuh cabaran di peringkat yang lebih tinggi sama ada di peringkat pengajian tinggi, dalam bidang kerjaya dan seterusnya dalam menghadapi cabaran globalisasi yang semakin menguji tahap keintelektualan seseorang.



BIDANG KEBITARAAN KOKURIKULUM : JUDO
NAMA PROGRAM : ULTIMATE HEROES

ULTIMATES HEROES adalah satu program ke arah memartabatkan sukan Judo dalam kalangan pelajar. Perkara ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk menguasai kemahiran Judo secara lebih mendalam. Tambahan pula, sukan ini masih belum tersebar luar di peringkat sekolah. Dengan harapan para pelajar yang terlibat dengan sukan ini boleh menghadapi cabaran yang lebih tinggi pada masa akan datang. Dengan menjalankan program "ULTIMATE HEROES" ini, diharapkan pasukan dan ahli-ahli kelab Judo dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan, teknik dan prestasi mereka dalam kejohanan yang disertai di peringkat bahagian, negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Diharapkan dengan wujudnya pelaksanaan program ini, semua pelajar yang menyertai kelab Judo akan dapat menguasai apa sahaja teknik dan kemahiran yang dipelajari untuk membentuk individu dan pasukan yang berdaya saing dalam menghadapi kejohanan sukan Judo di semua peringkat. Usaha awal yang dirintis ini boleh dijadikan panduan dan sumber rujukan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara yang berminat dengan sukan Judo.