Welcome to SMK Mohd Khalid blog (^_^)

Wednesday, July 11, 2012

Lawatan Kerjaya ke Pelabuhan Tg Pelepas dan Program CaFOM 2012


Pada 20 Jun 2012 yang lalu, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5 telah menyertai Lawatan Kerjaya ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Program Kebitaraan Matematik iaitu Program CaFOM (Care For Mathematics) bertempat di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor Bahru.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi di pelabuhan serta mengenal pasti bidang kerjaya yang terdapat di PTP. Setibanya rombongan di PTP, pelajar-pelajar telah diberikan taklimat ringkas berkenaan PTP sebelum dibawa melihat situasi sebenar operasi yang berlaku di pelabuhan.


Selepas lawatan ke PTP, rombongan bertolak ke SMKKSAB untuk satu program berbentuk bimbingan kepada rakan sebaya bagi matapelajaran Matematik di bawah program kebitaraan. Program dimulakan dengan aktiviti 'ice breaking' oleh Pn Norezlin, kaunselor SMKMK. Sesi ini bertujuan supaya membolehkan pelajar-pelajar berkenalan dengan lebih dekat antara satu sama lain.


Program diteruskan dengan aktiviti CaFOM. Pejalar-pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan program ini. Program ini bertujuan membantu rakan sebaya dalam mata pelajaran Matematik. Pelajar SMKMK bertindak sebagai mentor membantu mentee mereka dari SMKKSAB dalam topik Straight Lines, Histogram dan Transformation.


Tahniah dan syabas buat Pn. Rasidah,Cik Che Norleyanti dan barisan guru Matematik SMKMK yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.