Welcome to SMK Mohd Khalid blog (^_^)

Friday, August 31, 2012

Sambutan Merdeka ke-55

Pada 30 Ogos 2012, Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke-55 telah diadakan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos.. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis berjalan



Perasmian oleh Pn Hjh Aszora, PK HEM SMK Mohd Khalid


Deklamasi sajak


Nyanyian lagu merdeka beramai-ramai


Pelajar tingkatan 5



Guru-guru SMKMK





Wednesday, August 15, 2012

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012

Rabu, 15 Julai 2012 - Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri tahun 2012. Seramai  9 orang anak yatim dan 31 orang pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan ini. Majlis penyerahan telah disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Pn Hjh Aszora Ahmad. Terima kasih kepada pihak yang telah menyumbang, didoakan semoga dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t



Monday, August 13, 2012

Majlis Khatam Al-Quran, Iftar & Qiamullail 2012

Pada 10 Ogos 2012 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Iftar dan Qiamullail. Majlis ini diadakan bersempena bulan Ramadhan dan aktiviti tadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan bermula jam 10.10 pagi-10.30 pagi. Majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada guru-guru SMK Mohd Khalid  dan pelajar-pelajar yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Semoga kita semua dapat bertemu kembali di majlis seperti ini pada tahun akan datang.

Pelajar SMKMK semasa aktiviti tadarus Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran


Pelajar-pelajar sedang menunggu waktu berbuka


Guru-guru SMK Mohd Khalid

Guru-guru bertungkus lumus menjayakan majlis

Sesi ceramah