Welcome to SMK Mohd Khalid blog (^_^)

Lencana Sekolah



LENCANA SEKOLAH
Warna kuning keemasan - Melambangkan sifat manusia yang boleh dipercayai , penyayang, bertanggungjawab, patuh kepada peraturan dan sentiasa bersistematik dalam membuat tindakan
Biru - Melahirkan insan yang lembut jiwanya, terasuh mindanya, tulen dalam tindakan, sikap yang baik berseri, seronok bekerja, boleh memberikan kerjasama dan mesra
Merah - Sikap yang baik, berani ke hadapan dan bertindak berdisiplin dan berkeyakinan serta mampu membuat keputusan yang baik.

Lencana sekolah secara kleseluruhannya berteraskan kepada ikon warga SMKMK iaitu berpegang kukuh kepada agama dan kepercayaan, mementingkan kesopanan dan kesetiaan, mematuhi peratuhan dan tatasusila dan pencari ilmu tiada batasnya.

BUKU TERBUKA
Melambangkan keagungan, kepentingan iklmu dunia dan akhirat dan semua warga perlu sentiasa berusaha mencapai keutuahn ilmu yang merupakan pelita hidup

PERISAI
Melambangkan jati diri pelajar yang kukum tabah dan berani bertindak

NAMA SEKOLAH (MK)
Melambangkan kebanggaan diri menjadi warga SMKMK yang akan sentiasa berdiri kukuh,

COGANKATA SMKMK
Ilmuan cemerlang menjelaskan visi dan misi sekolah yang mahu melahirkan ilmuwan yang cerdik, pandai dan sentiasa cemerlang dalam semua bidang (akademik, kokurikulum, sahsiah dan emosi) berpaksikan keutuhan peribadi.

DIAN
Lambang cetusan idea yang bernas

KOMPUTER
Kepentingan IT dalam dunia pendidikan dan kehidupan

3 KAUM
Melambangkan perpaduan kaum dan semangat kewarganegaraan

AHLI SUKAN
Kecemerlangan di bidang kokurikulum juga menjadi agenda penting di sekolah.