Welcome to SMK Mohd Khalid blog (^_^)

Tuesday, May 14, 2013

SARANA IBU BAPA

 Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan
negara yang tercinta:
Penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan IB dan komuniti dalam pendidikan anak membawa perubahan yang ketara kepada kejayaannya. Berbanding  52% masa yang dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti hanya 15% masa seseorang anak dihabiskan di sekolah. Istilah ibu bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang bertanggung jawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.Kajian peringkat antarabangsa PISA 2009 (PISA: Programme for International Student Assessment – Program Pentaksiran Murid Antarabangsa), dijalankan oleh OECD, (Organisation for Economic Cooperation dan Development – Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) menunjukkan bahawa cara bagaimana IB menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya.

Oleh itu, amatlah penting IB menilai penglibatan bersama anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan. Dalam sarana ini, satu kaedah yang dicadangkan ialah IB mengisi borang soal selidik yang dibekalkan dan menganalisis sendiri kekuatan dan kelemahan dalam empat bidang:
• Menyediakan suasana pembelajaran di rumah
• Interaksi sosial
• Komunikasi dengan anak
• Sokongan akademik


Namun sekiranya IB ingin melebarkan kefahaman dan mengambil iktibar daripada pengalaman IB lain, sila berhubung dengan PIBG sekolah berkenaan.  Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG sekolah anak anda bersedia berkongsi buah fikiran bagi menangani setiap isu. Anda juga mungkin boleh memberi sumbangan idea bernas kepada mereka.

Untuk Maklumat lanjut sila klik di sini