Welcome to SMK Mohd Khalid blog (^_^)

Thursday, July 26, 2012

PERMOHONAN KE KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013

Perhatian kepada semua pelajar TINGKATAN 5!!!

Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi sesi 2013 telah dibuka.. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk DI SINI.

PERTANDINGAN INTERNATIONAL AND ASSESSMENTS FOR SCHOOLS (ICAS) AUSTRALIA

Pada 24 Julai 2012 yang lalu, Kebitaraan Matematik telah menjalankan Pertandingan International and Assessments for Schools (ICAS) Australia bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Seramai 35 orang pelajar terdiri daripada 5 orang dari setiap tingkatan menyertai pertandingan ini.

Objektif pertindingan ini dijalankan adalah:
  1. Memberi peluang adil kepada semua pelajar tanpa mengira tahap kecerdasan supaya semua pelajar dapat mengalami pengalaman dalam situasi pertandingan yang sebenar.
  2. Mengasah bakat pelajar dalam bidang matematik.
  3. Mahir menggunakan konsep matematik dengan lebih efektif.
  4. Mencapai matlamat sekolah kluster dalam bidang kebitaraan matematik










Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Tinggi Kluang Tahun 2012

Pada 18 Julai 2012 yang lalu, Kebitaraan Matematik telah dijemput untuk menyertai pertandingan Kuiz Matematik sempena Karnival Kluster Kecemerlangan di SMK Tinggi Kluang, Johor. Seramai 3 orang pelajar dari Tingkatan 5 dan seorang guru pengiring telah menyertai pertandingan tersebut.



Pameran yang dijalankan



Pertandingan Matematik


Wakil pelajar bersama guru pengiring







Friday, July 20, 2012

1BestariNet

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah rendah dan menengah awam di Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.




Untuk maklumat lanjut, boleh layari 1BestariNet dan YTL

Selamat Menyambut Ramadhan 2012


Tuesday, July 17, 2012

Hari Terbuka MK


Pada 14 Julai 2012, jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tgh telah berlangsung Hari Terbuka MK. Ibu bapa telah hadir ke sekolah untuk membincangkan prestasi anak-anak mereka dalam kelas. Melalui Hari Terbuka ini, guru-guru, ibu bapa bersama pelajar dapat membincangkan kekuatan dan kelemahan pelajar bagi memajukan potensi diri pelajar untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang serta menyediakan diri pelajar ke arah kecemerlangan untuk masa akan datang. 

Thursday, July 12, 2012

Pertandingan Olympiad Matematik Kebangsaan (OMK 2012)

Pada 7 Julai 2012 yang lalu, kebitaraan Matematik telah menghantar pelajar menyertai Pertandingan Olympiad Matematik Kebangsaan (OMK 2012) bertempat di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Sebanyak 13 pasukan menyertai pertandingan ini terdiri daripada 4 pasukan Sulong, 5 pasukan Muda dan 4 pasukan Bongsu.

Pertandingan ini merupakan satu elemen yang penting dalam pembentukan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual secara holistik yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Klinik Judo

Pada 30-31 Mac 2012 yang lalu, kebitaraan Judo telah menjalankan Program Klinik Judo bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Objektif program ini adalah melatih pelajar dari segi kecekapan dan persediaan mental untuk menyertai pertandingan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan prestasi ahli-ahli kelab judo dalam penguasaan kemahiran dan teknik asas sukan judo

Sesi Klinik Judo

Pelajar, guru & jurulatih

Penyampaian cenderahati

Program Klinik Judo ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Judo Negeri Johor dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar Johor. Program ini melibatkan latihan bersama untuk meningkatkan penguasaan teknik sparring sukan judo. Dengan adanya program ini, motivasi pelajar dapat ditingkatkan dan dapat mempelajari teknik asas sukan judo mengikut syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

Wednesday, July 11, 2012

Lawatan Kerjaya ke Pelabuhan Tg Pelepas dan Program CaFOM 2012


Pada 20 Jun 2012 yang lalu, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5 telah menyertai Lawatan Kerjaya ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Program Kebitaraan Matematik iaitu Program CaFOM (Care For Mathematics) bertempat di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor Bahru.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi di pelabuhan serta mengenal pasti bidang kerjaya yang terdapat di PTP. Setibanya rombongan di PTP, pelajar-pelajar telah diberikan taklimat ringkas berkenaan PTP sebelum dibawa melihat situasi sebenar operasi yang berlaku di pelabuhan.


Selepas lawatan ke PTP, rombongan bertolak ke SMKKSAB untuk satu program berbentuk bimbingan kepada rakan sebaya bagi matapelajaran Matematik di bawah program kebitaraan. Program dimulakan dengan aktiviti 'ice breaking' oleh Pn Norezlin, kaunselor SMKMK. Sesi ini bertujuan supaya membolehkan pelajar-pelajar berkenalan dengan lebih dekat antara satu sama lain.


Program diteruskan dengan aktiviti CaFOM. Pejalar-pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan program ini. Program ini bertujuan membantu rakan sebaya dalam mata pelajaran Matematik. Pelajar SMKMK bertindak sebagai mentor membantu mentee mereka dari SMKKSAB dalam topik Straight Lines, Histogram dan Transformation.


Tahniah dan syabas buat Pn. Rasidah,Cik Che Norleyanti dan barisan guru Matematik SMKMK yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Senamrobik 1 Malaysia 2012


Johor Bahru, 10 Julai 2012 - SMK Mohd Khalid tidak ketinggalan menjayakan aktiviti Senamrobik 1 Malaysia yang dijalankan serentak di seluruh negara. Program ini akan dicatatkan dalam Guiness Book of Record. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah bersemangat bersenam. Tidak ketinggalan juga kepada Inspektor Shabir dan anggota PDRM selaku Pegawai Perhubungan Sekolah yang turut memberi sokongan terhadap aktiviti ini.


"BADAN SIHAT, OTAK CERDAS"




Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.

MATLAMAT 
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

OBJEKTIF
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:
  1. Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia;
  2. Melibatkan penyertaan semua murid;
  3. Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
  4. Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
  5. Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp; 


Friday, July 6, 2012

Temasya Olahraga Kali ke-6


Pada 4 Julai 2012 (Sabtu), SMK Mohd Khalid telah mengadakan Temasya Olahraga kali ke-6 bertempat di Padang SSI. Temasya ini bermula jam 08:00 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan perbarisan masuk kontigen. Majlis ini dirasmikan oleh Tn Hj Yusop b Abd Ghapar, YDP SMK Mohd Khalid.

Walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, namum para pelajar bersemangat dalam menjayakan temasya olahraga ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada rumah Bentara kerana telah berjaya memenangi Johan Keseluruhan Temasya Olahraga kali ke-6 ini. Ucapan tahniah juga kepada semua pihak yang telah menjayakan Temasya Olahraga kali ke-6 ini.

Monday, July 2, 2012

Larian MK 2012

Pada 30 Jun 2012 (Sabtu), Unit Kokurikulum telah menganjurkan Larian MK bagi tahun 2012. Larian dimulakan dengan kategori Lelaki Bawah 13 dan diakhiri dengan kategori Perempuan Bawah 13.

Berikut adalah peta Larian MK tahun 2012

Piala pusingan bagi Larian MK Tahun 2012 dijuarai oleh Rumah Bentara.
Tahniah diucapkan kepada Rumah Bentara dan semua pelajar atas kejayaan dan kerjasama yang diberikan.