Welcome to SMK Mohd Khalid blog (^_^)

Saturday, September 29, 2012

Thursday, September 27, 2012

Kursus dan Pertandingan "PC Assembling", Menghasilan Video dan Open Office.org

Pada 22 September 2012 yang lalu, SMK Mohd Khalid telah dijemput menyertai Kursus dan Pertandingan "PC Assembling", Menghasilan Video dan Open Office.org antara sekolah-sekolah Kluster Peringkat Negeri Johor 2012 bertempat di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru.

Pihak sekolah telah menghantar 9 pelajar bagi menyertai kursus dan pertandingan yang dianjurkan.  Pelajar-pelajar yang terlibat adalah:

Kursus dan Pertandingan PC Assembling & Formatting

  1. Ahmad Kamal Shafie 4DM
  2. Amir Reza Sazreen 4DM
  3. Muhamad Arif Hanif 4CL

Kursus dan Pertandingan Menghasilkan Video

  1. Raahgini Chandrasegaran 4DM
  2. Aisha Emelia 4CL
  3. Mohd Nur Akmal 4PL 

Kursus dan Pertandingan Open Office.org

  1. Koh Bing Sheng 4PL
  2. Mohd Afiq Danish 4CL
  3. Nawin Paul Alexander 4PL
Bagi Kursus dan Pertandingan Menghasilkan Video, SMK Mohd Khalid telah mendapat tempat kedua manakala Kursus dan Pertandingan Open Office.org mendapat tempat pertama. TAHNIAH diucapkan kepada pelajar MK yang terlibat.





Tuesday, September 11, 2012

“IM MSC Smart School Blog Competition”


Bersempena dengan program IM MSC Smart School Capacity Enhancement, Iskandar Malaysia telah mengadakan pertandingan membangunkan laman blog sekolah “IM MSC Smart School Blog Competition”.


SMK Mohd Khalid tidak ketinggalan menyertai pertandingan tersebut, dan telah berjaya mendapat tempat Ketiga bagi kategori Sekolah Menengah. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada Jumaat, 7 Sept 2012 bertempat di Iskandar Malaysia Information Centre.




Berikut ialah senarai nama pemenang dan sekolah yang menerima sijil penyertaan bagi IM MSC Smart School Blog Competition”.

Kategori Sekolah Rendah :

KEDUDUKAN
NAMA SEKOLAH
ALAMAT BLOG
1
SK Taman Permas Jaya 2
http://sktpj2.blogspot.com/
2
SK Taman Cendana
http://stac1107.blogspot.com/
3
SK Taman Desa Skudai
http://sktds1.blogspot.com/
4
SK Taman Nusa Perintis
http://sktnp1jb.blogspot.com/
5
SJK(C) Ming Chih
http://sjkcmingchih.blogspot.com/
6
SK Tg Adang
http://tgadang.blogspot.com/
7
SK Seri Pulai
http://skseripulai.blogspot.com/
8
SK Taman Tampoi Utama
http://skttujb.blogspot.com/
9
SJK(T) Jalan Parit Ibrahim
http://sjktjalanparitibrahim.blogspot.com/
10
SJK(C) Chee Tong
http://jbcheetong1031.blogspot.com/

Kategori Sekolah Menengah :

KEDUDUKAN
NAMA SEKOLAH
ALAMAT BLOG
1
SMK Kompleks Sultan Abu Bakar
http://smkksabjb.blogspot.com/
2
SMK Impian Emas
http://mysmkie.blogspot.com/
3
SMK Mohd Khalid
http://im-smkmkjb.blogspot.com/
4
SMK Sri Tebrau
http://kaunselingsritebrau.blogspot.com/
5
SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman
http://smkdmys1984.blogspot.com/
6
SMK Pasir Gudang
http://smkpg1.blogspot.com/
7
SMK Taman Nusa Damai
http://standpg.blogspot.com/
8
SMK Gelang Patah
http://smk-gelang-patah.blogspot.com/
9
SMK Dato’ Penggawa Timur
http://smkdptmasai.blogspot.com/
10
SMK Seri Kota Puteri
http://smkserikotaputeri.blogspot.com/

Senarai sekolah yang menerima sijil penyertaan :

BIL
NAMA SEKOLAH
ALAMAT BLOG
STATUS PENERIMAAN
1
SK Kulai 1
http://skkulaisatu.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
2
SK Putra Utama
http://skputrautama.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
3
SK Pasir Gudang (2)
http://skpasirgudangdua.blogspot.com/
Sijil akan dihantar ke sekolah
4
SJK (C) Pei Hwa
http://jbc6020.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
5
SK Sungai Bunyi
http://sksungaibunyi.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
6
SK Nusantara
http://sknusantarajba1127.blogspot.com/
Sijil akan dihantar ke sekolah
7
SK Impian Emas
http://saktie1113.blogspot.com/
Sijil akan dihantar ke sekolah
8
SMK Tanjung Adang
http://smktanjungadang.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
9
SMK Taman Bukit Indah
http://smktbi.wordpress.com/
Terima pada 7 September 2012
10
SMK Tun Syed Nasir Ismail
http://smktsnijb.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
11
SMK Sultan Ibrahim
http://smksikulaijaya.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
12
SMK Munshi Abdullah
http://www.smkmunshiabdullah.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
13
SMK Kayu Ara Pasong
http://smkkap6011.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012
14
SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at
http://stoms-pontian.blogspot.com/
Terima pada 7 September 2012





Pertandingan Futsal Piala Menteri Pelajaran


Pada 8 - 9 September yang lalu, SMK Mohd Khalid telah menghantar 1 pasukan ke Pertandingan Futsal Piala Menteri Pelajaran peringkat daerah Johor Bahru. Seramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk
mewakili MK dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan yang diadakan di SK Khir Johari KG Melayu Majidi JB merupakan rentetan perasmian sebuah
gelanggang futsal bertaraf antarabangsa yang telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor baru-baru ini yang telah mendapat tajaan penuh daripada Johan Cruyft Foundation dan bernilai melebihi RM 1 juta.

Justeru itu, pertandingan futsal ini telah dibuka untuk semua sekolah menengah dalam daerah Johor Bahru dan dianggarkan sebanyak 48 buah pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari itu telah memberikan peluang kepada semua peserta untuk mencuba padang baru tersebut seterusnya mempamerkan kemahiran bermain mereka.

Tidak ketinggalan juga para peserta dari MK yang telah berhempas pulas untuk mencari tempat dalam pertandingan tersebut. Oleh yang demikian, secara keseluruhan pasukan MK telah berjaya ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada lawan dalam peringkat ini dan hanya berpuas hati untuk tempat keempat daripada 48 kumpulan yang bertanding.

Walau bagaimanapun persembahan yang ditunjukkan oleh kesemua peserta dapat di banggakan apatah lagi pasukan MK datang bukan sebagai pasukan pilihan. Hanya berbekalkan semangat yang tinggi dan kerjasama yang baik dalam pasukan akhirnya memperolehi kejayaan. TAHNIAH diucapkan.



Wednesday, September 5, 2012

Sambutan Hari Raya 2012


Sempena Hari Raya Aidilfitri, SMK Mohd Khalid telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Pada jam 02.00 ptg, pelajar dan guru menikmati juadah Hari Raya di kantin sekolah


Majlis bermula jam 03.00 ptg dimulai dengan persembahan pelajar. Majlis kemudian diteruskan dengan pertandingan kelas terbuka.



Guru-guru sedang mengadili kelas terbuka

Pertandingan menganyam ketupat menggunakan riben

Peserta pertandingan Busana Tercantik

Majlis penyampaian hadiah oleh Pn Hjh Aszora

Selamat Hari Lahir Tn Hj Suleiman

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Pengetua SMK Mohd Khalid, Tn Hj Suleiman yang ke-55