Welcome to SMK Mohd Khalid blog (^_^)

Tuesday, May 14, 2013

SARANA IBU BAPA

 Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan
negara yang tercinta:
Penglibatan ibu bapa (IB) dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan IB dan komuniti dalam pendidikan anak membawa perubahan yang ketara kepada kejayaannya. Berbanding  52% masa yang dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti hanya 15% masa seseorang anak dihabiskan di sekolah. Istilah ibu bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang bertanggung jawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikannya.Kajian peringkat antarabangsa PISA 2009 (PISA: Programme for International Student Assessment – Program Pentaksiran Murid Antarabangsa), dijalankan oleh OECD, (Organisation for Economic Cooperation dan Development – Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) menunjukkan bahawa cara bagaimana IB menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya.

Oleh itu, amatlah penting IB menilai penglibatan bersama anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan. Dalam sarana ini, satu kaedah yang dicadangkan ialah IB mengisi borang soal selidik yang dibekalkan dan menganalisis sendiri kekuatan dan kelemahan dalam empat bidang:
• Menyediakan suasana pembelajaran di rumah
• Interaksi sosial
• Komunikasi dengan anak
• Sokongan akademik


Namun sekiranya IB ingin melebarkan kefahaman dan mengambil iktibar daripada pengalaman IB lain, sila berhubung dengan PIBG sekolah berkenaan.  Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG sekolah anak anda bersedia berkongsi buah fikiran bagi menangani setiap isu. Anda juga mungkin boleh memberi sumbangan idea bernas kepada mereka.

Untuk Maklumat lanjut sila klik di sini

Thursday, March 14, 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 & Hari Anugerah Cemerlang 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 dan Hari Anugerah Cemerlang 2013
10 Mac 2013 (Ahad)
Dirasmikan oleh Tn Hj Ab Hafith bin Ismail, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Mesyuarat Agung PIBG

Persembahan Aluan oleh Pelajar Tarian Sekolah



Barisan Penerima Anugerah 








Friday, February 8, 2013

International Judo Team championship "Dato' Noor Rezan Bt Bapoo Hashim Judo Challenge Trophy 2013

Pada 02 - 04 Februari 2013, pasukan judo sekolah telah menyertai Kejohanan Judo Dato' Noor Rezan Bt Bapoo Hashim Trophy Challenge 2013 yang bertempat di Dewan Kompleks SMK Seri Bintang Utara Cheras, Kuala Lumpur. Pasukan sekolah menyertai pertandingan kategori berpasukan B (14 -16 tahun) dan berat tidak melebihi 300kg. Pasukan sekolah diwakili oleh Muhamad Amir Hamzah, Abdullah Bin Abd Razak, Muhammad Afiq Khushairi, Muhammad Azhad Zikry dan Nur Nadhirah Atiqah. Walaubagaimanapun, pasukan sekolah telah tewas pada pusingan awal dan gagal untuk meneruskan pusingan seterusnya. Diharap pengalaman pertandingan ini akan dapat mematangkan pasukan judo sekolah kerana inilah kali pertama pasukan judo sekolah menyertai pertandingan judo yang dianjurkan oleh SMK Seri Bintang Utara dan Persatuan Judo Negeri Selangor. Semoga pasukan judo sekolah terus maju dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kejohanan judo pada masa akan datang.




Monday, November 5, 2012

PENGUMUMAN

Perhatian kepada PELAJAR TINGKATAN 2 dan 4,

Anda boleh mengambil slip keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 pada 30hb NOVEMBER 2012 (Jumaat). Jika anda tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan, anda boleh menyemak keputusan di laman web SAPS

Perhatian kepada PELAJAR TINGKATAN 1,

Anda boleh mengambil Kenyataan Prestasi pada 22hb NOVEMBER 2012 (Khamis) di Bilik Guru jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari.



Dari Unit Peperiksaan SMKMK

Thursday, November 1, 2012